Latar belakang Basel I

Jawatankuasa Basel dibentuk sebagai tindak balas kepada masaalah kecairan tunai yang mendorong kepada kemuflisan bank yang diasaskan di Cologne pada 1974. Pada 26 Jun 1974, beberapa bank telah mengeluarkan Deutschmark kepada Bank Herstatt sebagai pertukaran bagi bayaran dollar yang dihantar di New York. Disebabkan perbezaan dalam zon waktu, terdapat jurang dalam bayaran dollar kepada bank pihak-lain (counter-party), dan semasa jurang ini, dan sebelum bayaran dollar sempat dilaksanakan di New York, Bank Herstatt telah di mansuhkan (liquidated) oleh pihak berkuasa Jerman.

Kejadian ini menyebabkan negara-negara G-10 untuk membentuk, Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank pada penghujung 1974, di bawah kelolaan Bank of International Settlements (BIS) yang terletak di Basel, Switzerland.